Polis Buru Lelaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Enam Tahun

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 11:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dalam kereta miliknya di sebuah semak, di kawasan Majidee, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata pada kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa telah diminta ibunya keluar membeli barang di kedai berhampiran.

"Ketika mengayuh basikal menuju ke kedai berhampiran, suspek bertindak menahan dan membawa masuk mangsa ke dalam kereta berwarna putih yang dipandu suspek sebelum mencabulnya di dalam kereta itu di kawasan semak," kata beliau menerusi satu kenyataan di sini Selasa.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga penjara 10 tahun dan denda serta sebatan.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada individu berkelakuan mencurigakan, ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke Ibu Pejabat JBS di talian Hotline 07-2218999. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: cabul , kanak-kanak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan