Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin Bantu Siasatan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 4:34 PM

Azharuddin Othman.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam 'Deklarasi Mahathir'.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan mendapatkan butiran terperinci berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Kami akan memanggil individu itu dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

"Selain itu, kami juga akan meneliti terlebih dahulu jenis maklumat yang disebarkan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Wisma Darul Iman di sini Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani dan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman.

Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan bersumpah Azharuddin yang mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah atau turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga'.

Dalam akuan bersumpah itu, Azharuddin berkata 'Ema' memerlukan pangkalan data tersebut untuk keperluan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Deklarasi Mahathir yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang didapati menyebar dan menjual maklumat yang terkandung pangkalan data penduduk negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Beliau berkata maklumat yang terkandung dalam data berkenaan adalah maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya orang yang berhak sahaja mempunyai capaian akses kepada maklumat itu.

"Jika maklumat itu sulit ia tidak berhak untuk disebarkan kepada mana-mana pihak dan ia telah melakukan kesalahan serta melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

Azharuddin sebelum ini mendakwa beliau telah menjual maklumat itu kepada seorang wanita yang bernama Ema dengan bayaran RM5,000.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat tersebut kepada wanita terbabit yang mendakwa memerlukannya bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir, yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan