Saksi Kes Gaduh Melibatkan Adun Diminta Tampil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pihak polis meminta saksi yang melihat dakwaan pergaduhan yang melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan seorang individu pada 15 Mei lepas di sini agar tampil memberi keterangan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sehingga kini pihaknya telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Keterangan daripada doktor yang merawat mangsa yang terlibat juga akan diambil dan sekarang kita minta saksi yang ada ditempat kejadian terutamanya dua orang awam yang menaiki motosikal yang dilihat di dalam video yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

"Perakam video kejadian juga diminta untuk tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan.

"Polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan seadil-adilnya bagi mengetahui siapa yang bersalah dalam perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis tamat latihan konstabel sukarelawan simpanan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Isnin.

Dalam kejadian itu, seorang pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa telah dipukul oleh tiga individu termasuk seorang Adun dihadapan sebuah kompleks beli-belah.

Tags / Kata Kunci: Gaduh , Adun , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan