Polis Jejak Lelaki Bantu Selesai Kes Hina Institusi Diraja Johor

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 6:55 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis Johor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.

"Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan.

Polis ingin mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998," katanya menerusi kenyataan, Ahad.

Wan Ahmad Najmuddin berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu boleh menghubungi ASP Lim Kok Khim di talian 012-7737590 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2254656 atau mana-mana balai polis berdekatan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan