JPJ Panggil 91 Pemilik Kenderaan Guna Lorong Kecemasan Ahad Lepas

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata notis itu dikeluarkan JPJ Melaka pada minggu lepas setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang awam mengenai kejadian berkenaan.

"Semua pemilik kenderaan yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti pemandunya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Keselamatan Jalan Raya (Marshall) di sini, Ahad.

Yusoff berkata pemilik kenderaan terbabit perlu tampil bagi proses mengenal pasti siapa yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menghantar notis ke alamat pemilik yang didaftarkan melalui nombor pendaftaran kenderaan yang kita peroleh daripada rakaman video pada waktu kejadian," katanya.

"Sekiranya mereka tidak terlibat dengan perbuatan itu, mereka perlu membuat laporan polis untuk disiasat," katanya sambil menjelaskan kemungkinan nombor pendaftaran itu palsu.

Beliau berkata mereka yang terlibat akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau didakwa di mahkamah yang boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seramai 48 peserta terdiri daripada anggota sukarelawan Skuad Muda yang mempunyai minat mendalam berkaitan aktiviti permotoran menyertai kursus selama dua hari di JPJ Wilayah Persekutuan, yang bermula pada Sabtu.

Turut hadir, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Datuk Md Ziki A. Rahman, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur Datuk Norhadzli Mohd Azhar dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri.

Yusoff juga berkata sejumlah 480,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas, yang kebanyakannya berpunca daripada sikap buruk pengguna seperti memandu secara terburu-buru, melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan