Wanita Tikam Lelaki Selepas Ditegur Tidur Di Katil Mangsa - Berita Jenayah | mStar

Wanita Tikam Lelaki Selepas Ditegur Tidur Di Katil Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera ditikam selepas berlaku pertengkaran dengan seorang wanita yang tidur di katilnya di sebuah ladang kuda di Tanjung Aru, dekat sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mangsa yang bertugas sebagai penyelia kuda telah ke biliknya apabila terlihat wanita yang dikenalinya itu sedang tidur di katilnya.

Beliau berkata, lelaki berusia 41 tahun itu kemudian mengejutkan wanita berusia 29 tahun itu daripada tidur pada kira-kira 3 pagi, Khamis kerana mahu tidur di katilnya tetapi tercetus perang mulut antara mereka.

"Wanita itu enggan mengalah dan mencari pisau kecil sebelum menikam lelaki itu pada pinggang," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, lelaki itu bergegas ke hospital sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

"Wanita itu yang dipercayai mengalami masalah mental sedang duduk sambil memegang pisau ketika polis tiba untuk menahannya," katanya.

Chandra berkaa, lelaki itu menerima tiga jahitan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Aru , penyelia kuda , pisau
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan