Polis Siasat Dakwaan Wakil Rakyat Belasah Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah akan memanggil seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas yang kini menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya telah memanggil pengadu awal pagi Jumaat, yang mendakwa dipukul oleh beberapa individu termasuk Adun itu di hadapan sebuah kompleks membeli-belah Aman Central di sini.

Beliau berkata pihaknya belum mengenal pasti suspek yang dipercayai memukul pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam, sama ada ADUN berkenaan atau individu lain.

"Kami tidak tahu siapa dalam video yang memukul pengadu dan kami sedang siasat kes tersebut. Kami telah menghubungi ADUN berkenaan dan mungkin beliau beri kenyataan berhubung kes itu esok," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Katanya pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan tidak mengenali ADUN itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial Facebook.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 5.45 petang pada 15 Mei lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Alif Adam mendakwa beberapa individu bertindak menariknya keluar dari kenderaan sebelum dipukul oleh beberapa lelaki.

Dakwanya dalam laman sosial Facebook, teman wanitanya yang mahu meleraikan pergaduhan itu turut mengalami kecederaan akibat dipukul dan mendapat rawatan di sebuah hospital swasta.

Pergaduhan tersebut dileraikan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum kenderaan yang dinaiki ADUN itu beredar dari tempat kejadian.

Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook menjadi viral yang ditonton lebih 200,000 pengguna laman sosial.

Sementara itu ADUN berkenaan gagal dihubungi bagi mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Adun Kedah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan