Polis Kerah 107 Anggota Buru Suspek Kes Samun Di Kajang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 11:03 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis mengerahkan sejumlah 107 pegawai dan anggota bagi memburu seorang penjenayah yang melarikan diri selepas empat rakannya daripada satu kumpulan samun ditembak mati berhampiran Plaza Tol Sungai Long, awal Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Othman Nanyan berkata pihaknya menggunakan pelbagai elemen penyiasatan bagi mengesan suspek terbabit yang dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.

"Pagi tadi lima individu cuba melakukan samun di sebuah rumah di sini, namun gagal sebelum empat daripada mereka ditembak mati di Sungai Sekamat berhampiran Plaza Tol Sungai Long, Kajang.

"Seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri ketika insiden tembakan berlaku dan ketika ini kita sedang mengesan suspek berkenaan yang mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini Jumaat.

Katanya, ekoran kecederaan parah akibat tembakan, beliau percaya suspek tidak mampu melarikan diri jauh dan akan dikesan dalam masa terdekat.

Othman berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti empat suspek yang ditembak mati tersebut berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mereka.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai bergerak aktif melakukan kegiatan jenayah samun berkumpulan dan bersenjata sekitar daerah ini sejak awal tahun ini.

"Setakat ini 20 kes samun pecah rumah di sekitar Kajang dilaporkan iaitu sebanyak 14 kes di Kajang, Beranang (3), Semenyih (2) dan satu kes di Batu 9.

"Kalau dilihat secara keseluruhan pada lima bulan pertama tahun ini kes samun pecah rumah di kawasan ini meningkat berbanding sebelum ini," katanya sambil menambah polis telah mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin menjadi sasaran penjenayah.

Katanya, terdapat 15 kawasan 'panas' yang kini diberi perhatian polis antaranya kawasan perumahan baharu di Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Saujana Impian dan Country Height.

Othman berkata modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menyasarkan rumah-rumah tertentu yang telah dikenal pasti dan akan bertindak bermula pada lewat tengah malam.

"Suspek akan masuk secara paksaan iaitu dengan mengumpil besi jeriji pintu dan menggunakan tong gas untuk memecahkan pintu rumah mangsa dan bertindak mengikat penghuni rumah sebelum menggeledah rumah terbabit," katanya.

Bagi mengekang jenayah itu, Othman meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada polis jika ada sebarang pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan