Merkuri Tumpah, 56 Pelajar SMK Guar Perahu Dikuarantin

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 5:49 PM

Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang membuat pemeriksaan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah, berikutan kejadian tumpahan cecair merkuri jam 10 pagi Khamis. Difahamkan sejumlah 500 mililiter (ml) tumpah di dua kelas tingkat dua sekolah itu dan ia dipercayai diperolehi daripada seorang pelajar di situ.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seramai 56 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, di sini terpaksa dikuarantin selepas berlaku tumpahan cecair merkuri di dua bilik darjah di bangunan sekolah itu, Khamis.

Enam daripada pelajar itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut selepas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua pelajar yang dikuarantin sehingga pukul 2.30 petang itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang M.Vijayan berkata tumpahan itu dikatakan berlaku petang semalam dan hanya disedari pagi ini.

"Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.12 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata kerja pembersihan oleh 22 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera termasuk Hazmat di dua kelas itu selesai kira-kira pukul 2 petang tadi.

-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan