Lelaki Cekup Peragut Beg Tangan Teman Wanita

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemantauan selama empat hari akhirnya membuahkan hasil kepada seorang lelaki apabila dia berjaya menangkap pencuri yang meragut beg tangan teman wanitanya.

Lelaki itu bertindak menerkam suspek berhampiran sebuah hotel di Seksyen 16 di sini kira-kira pukul 10.50 pagi pada Sabtu lalu dan membuat tangkapan awam.

Dia kemudian menyerahkan suspek, 38, kepada pihak polis.

Peragut berkenaan didakwa meragut beg tangan wanita itu selepas dia turun dari sebuah bas di Jalan 17/2 pada pukul 5 petang, 17 Mei lalu.

Wanita itu kemudian memberitahu teman lelakinya mengenai kejadian tersebut.

Berdasarkan penerangan mengenai kejadian itu, lelaki berkenaan bertindak mengintip lokasi kejadian selama beberapa hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, selepas suspek disoal siasat, polis menahan dua lagi lelaki disyaki rakan sejenayahnya.

"Salah seorang daripada mereka adalah seorang broker berusia 19 tahun sementara seorang lagi, 28, adalah pembeli barangan curi," katanya.

Sementara itu suspek awal yang diserahkan mempunyai rekod jenayah dan dipercayai bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya 20 kes ragut lain, tambah ACP Mohd Zani.

Ketiga-tiga mereka ditahan reman seminggu.

Tags / Kata Kunci: Ragut

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan