JPJ Buru Pemandu Guna Lorong Kecemasan Halang Ambulans Ahad Lalu

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 5:41 PM

Ambulans terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk tiba di lokasi kemalangan di susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengheret pemandu kenderaan yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan, di Melaka, Ahad lepas, ke mahkamah kerana menghalang laluan ambulans.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V.Valluvan berkata pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi punca ambulans itu lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat.

"JPJ Melaka sudah diarahkan menyiasat rakaman video kejadian yang diperoleh daripada orang awam bagi mengenal pasti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan itu dan daripada penelitian, kita dapati sebanyak 91 kenderaan menggunakan lorong berkenaan.

"Daripada 91 kenderaan itu, tujuh daripadanya termasuk tiga kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sudah dikenal pasti menghalang laluan ambulans dan akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ Johor, di sini Khamis.

Valluvan berkata siasatan seterusnya akan digiatkan bagi mengesan pesalah laku selebihnya supaya mereka turut dibawa ke muka pengadilan, sekali gus menunjukkan JPJ bertindak tegas berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata tindakan pengguna jalan raya yang gagal memberi laluan kepada pihak penyelamat termasuk ambulans, bomba dan sebagainya adalah menyalahi undang-undang dan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Katanya, mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan kedua.

Valluvan juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian di laluan itu supaya tampil membuat aduan dan bekerjasama dengan JPJ dengan mengemukakan bukti bergambar serta video jelas yang menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan yang melalui laluan tersebut.

Orang ramai katanya boleh menyalurkan maklumat kepada aduantrafik@jpj.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan