18 Peniaga Di Kelantan Dikompaun Kerana Tidak Patuhi GST

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengeluarkan kompaun sebanyak RM90,000 kepada 18 peniaga yang dikesan gagal mengeluarkan invois bercukai kepada pelanggan dalam Operasi Daftar dan Patuh GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sejak awal Januari hingga hari ini.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Yusof berkata keingkaran itu wujud atas pelbagai faktor tetapi yang jelas peniaga terbabit dilihat mengaut keuntungan berlebihan dan cuba mengelak membayar cukai kepada kerajaan.

"Sejak awal Januari hingga hari ini, JKDM Kelantan sudah membuat pemeriksaan ke atas 48 premis perniagaan melalui Operasi Daftar dan Patuh GST, dan 18 daripadanya didapati tidak mengeluarkan invois bercukai," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Nasir berkata notis tawaran kompaun sudah dikeluarkan kepada peniaga terbabit kerana mereka tidak mematuhi Seksyen 33(2a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 serta Seksyen 32(b) akta sama kerana mengeluarkan invois yang tidak mengandungi butiran yang ditetapkan.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 54 premis perniagaan berjaya didaftarkan sebagai Pendaftar GST termasuk secara sukarela dan mandatori.

Katanya tujuan operasi itu dijalankan adalah bagi meningkatkan jumlah pendaftar baharu GST di negeri ini selain memberi maklumat berkaitan keperluan menjadi pendaftar GST bagi peniaga yang layak dan wajib berdaftar.

"Operasi juga bertujuan meningkatkan kadar kepatuhan peniaga yang berdaftar dalam mengeluarkan invois bercukai kepada pelanggan.

Selain itu ia juga bagi mendidik peniaga supaya menyimpan rekod-rekod jualan dan belian untuk memudahkan pengikraran GST yang berkualiti," katanya.

Mohd Nasir berkata walaupun operasi itu berakhir 30 Jun depan, JKDM Kelantan akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi memantapkan tahap kepatuhan dalam kalangan pendaftar GST.

Katanya orang ramai juga diingatkan supaya memberi kerjasama kepada JKDM untuk menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan ketidakpatuhan pendaftar kepada jabatan.

Tags / Kata Kunci: GST , Kelantan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan