Polis Kesan, Pantau Pergerakan Zainuri

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri Kamaruddin yang dilapor sebagai antara pemimpin militan Daesh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita tahu di mana beliau berada dan sedang memantau rapi pergerakannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Program-program Pembangunan Daerah Kuala Kangsar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengenai rakaman video Zainuri yang mendakwa akan melancarkan serangan di Malaysia.

Menjelas lanjut mengenai kegiatan kumpulan pengganas, Ahmad Zahid berkata pihak keselamatan negara akan terus melakukan pemantauan pergerakan bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara. 

"Undang-undang berkaitan yang ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) akan memastikan mereka yang terlibat dengan keganasan tidak terlepas," tegas Ahmad Zahid.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memberi amaran bahawa Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memantau semua kenyataan berbaur keganasan di laman sosial.

"Bahagian ini pantau setiap kata-kata atau perbualan dalam sosial media. Ada kod-kod tertentu bagi setiap perbualan atau apa juga yang dimuat naik atau dimuat turun," katanya. 

Timbalan Perdana dalam pada itu mengulangi nasihat agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau pujukan supaya menyertai mana-mana kumpulan yang kononnya berjuang atas nama Islam. 

"Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang datang daripada pihak luar terutama orang Malaysia di 'medan pertempuran'.

"Jangan lakukan pembiayaan kepada mereka kerana ia kerja sia-sia, jauh daripada untuk memperoleh amalan baik, sebaliknya ia (kegiatan) hanya merosakkan imej dan nama baik Islam keseluruhannya," kata Ahmad Zahid. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan