Penagih Ditangkap Selepas Sembunyi Di Lombong

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan tiga lelaki dari sebuah lombong terbiar berhampiran Bulatan Batu Caves di sini, pagi Ahad.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 32 dan 35 tahun itu ditemui masih hidup oleh anggota Unit Selam Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) selepas cubaan mereka untuk melarikan diri daripada ditangkap dalam satu serbuan narkotik yang bermula pukul 7 pagi gagal.

Ketua PPDA Omar Chekku berkata tiga lelaki itu ditemui bersembunyi di kawasan paya untuk mengelak daripada ditangkap oleh anggota polis semasa Ops Sarang, pagi Ahad.

"Kami menerima panggilan pada pukul 8.30 pagi dan membuat persiapan bot kuasa untuk ke kolam itu pada pukul 9 pagi.

"Kami menemui dua lelaki pertama dalam tempoh 15 minit. Mencari lelaki terakhir, bagaimanapun, mengambil masa 30 minit," katanya.

Difahamkan, lelaki berusia 32 tahun itu baru sahaja dibebaskan dari penjara dua hari lepas, manakala seorang lelaki berusia 33 tahun dibebaskan dari penjara dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy menggambarkan kawasan di bawah jambatan berhampiran Bulatan Batu Caves itu sebagai lubuk penagih dadah.

"Kami telah menyerbu kawasan itu banyak kali sebelum ini. Keadaan ini akan reda untuk seketika, dan kemudian penagih akan kembali," katanya.

Munusamy berkata, polis telah mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk beberapa serbuan sebelum ini di bawah Ops Sarang.

"Mereka sentiasa bersama kita ketika serbuan, bersiap sedia. Kami bimbang tentang keselamatan mereka yang melompat ke dalam tasik untuk mengelakkan diri daripada ditangkap," kata Munusamy.
Tags / Kata Kunci: PPDA , penagih dadah , lombong terbiar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan