Dua Warga Pakistan Memandu Teksi Dicekup JPJ

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Risikan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengejutkan pihak berkuasa apabila mendapati ada warga asing yang menjalankan perkhidmatan teksi di sekitar ibu negara. 

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Mahassan berkata, dua lelaki warga Pakistan yang memandu teksi di Bukit Bintang ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan oleh pihaknya di sekitar ibu negara bermula pukul 8 malam Sabtu.

"Mereka tidak mempunyai lesen memandu yang sah mahupun lesen perkhidmatan awam tetapi berani membawa penumpang menaiki teksi," katanya pada sidang media di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini. 

Muhammad Kifli berkata, dua lelaki berusia 39 dan 40 tahun itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut manakala kenderaan teksi yang dipandu mereka disita bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata, pihak JPJ akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang memberikan kebenaran kepada individu warga asing memandu secara haram. 

Katanya, laporan itu akan turut menggesa SPAD supaya mengenakan tindakan sewajarnya kepada syarikat teksi yang didapati membenarkan warga asing menjalankan perkhidmatan kenderaan awam tanpa lesen. 

"Siasatan awal mendapati kegiatan ini semakin meningkat sejak awal tahun ini," katanya. 

Justeru, Muhammad Kifli meminta penumpang teksi yang menemui pemandu warga asing supaya melaporkannya kepada pihak JPJ untuk diambil tindakan. 

Selain itu, dua lelaki terdiri daripada warga Indonesia dan India berusia lingkungan 40-an ditahan pada operasi yang sama di Jalan Genting Sempah kerana memandu lori tanpa lesen. 

Kedua-dua tahanan turut diserahkan kepada Jabatan Imigresen manakala lori yang dipandu oleh mereka disita untuk disiasat. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu dan lesen perkhidmatan awam. 

Beliau berkata, operasi yang dijalankan oleh seramai 24 anggota dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sehingga awal pagi tadi turut mengeluarkan sebanyak 170 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara. - Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan