Akaun Bank Kumpul Dana Kumpulan Militan Daesh Dibeku

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 7:01 PM

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis membekukan satu akaun bank tempatan dipercayai digunakan bagi mengumpul dana untuk membiayai kegiatan kumpulan militan Daesh di Syria.

Tanpa mendedahkan jumlah dana yang telah dikumpul, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata akaun berkenaan dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

"Akaun yang dikenalpasti adalah akaun bank tempatan yang digunakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas Daesh di Syria," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan seorang daripada ahli keluarga Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria sedang giat mengumpul dana menggunakan akaun banknya.

Ditanya adakah polis akan menahan semua ahli keluarga Muhammad Wanndy yang berada di negara ini, Mohamad Fuzi berkata pihaknya mahu ahli keluarganya tampil membantu serta menyalurkan maklumat kepada polis.

"Kalau tahan (ahli keluarga) tiada guna juga kalau mereka tidak terlibat, ia mesti berasaskan bukti dan kalau mereka tahu apa-apa jangan berdiam diri.

"Ia hanya akan memudaratkan negara, semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata sebanyak 14 individu termasuk seorang ahli keluarga Muhammad Wanndy ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daesh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan