Warga Emas Hidap Demensia Hilang Selepas Keluar Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 12:58 PM

Oh Teik Ban

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang warga emas yang menghidap demensia, hilang sejak petang Khamis.

Oh Teik Ban, 69, kali terakhir dilihat di terminal pengangkutan Bandar Tasek Selatan, Cheras, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.

Menurut anaknya, Flora, Teik Ban meninggalkan rumah mereka di Bandar Sungai Long, Kajang, pada pagi Khamis. Kebimbangan keluarga timbul apabila dia tidak pulang ke rumah pada pukul 7 petang.

Selepas menyiasat, Flora mendapat tahu bahawa ayahnya telah dilihat di terminal Pudu dan kemudian di Bandar Tasek Selatan.

Flora berkata keluarganya mendapat tahu bahawa Teik Ban membeli tiket ke Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang tetapi tidak pasti sama ada dia menaiki bas itu.

"Kami bimbang kerana dia mempunyai demensia. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Flora sambil menambah ayahnya mudah dikenali kerana mempunyai ketulan pada kulit disebabkan keadaan perubatan.

Flora berkata pendengaran dan penglihatan ayahnya tidak bagus.

Flora boleh dihubungi di talian 012-6677971.
Tags / Kata Kunci: kes orang hilang , demensia , Oh Teik Ban

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan