Lima Wanita Antara 12 Ditahan Terlibat Kes Senjata Api

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 10:23 AM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh (tiga kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media berhubung kes jenayah dan nakotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Khamis. Hadir sama pemangku Ketua Jabatan Nakotik Kuala Lumpur, Supt Mohd Faisal Yahya (tiga kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima wanita antara 12 orang yang ditahan dipercayai terlibat kes berkaitan senjata api dalam serbuan berasingan dari Isnin lalu hingga awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis turut merampas tiga pistol termasuk satu yang dilaporkan hilang milik seorang anggota polis.

Beliau berkata suspek pertama, seorang lelaki berusia 28 tahun, ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin lalu ketika memandu sebuah kereta di Jinjang Utara, dan satu set komputer dipercayai hasil samun juga dirampas.

Polis kemudian menyerbu rumahnya di Taman Kepong Indah dan menemui sepucuk pistol jenama Colt model .38 Special CTG selain 10 pil merah jambu disyaki eramin, dua pil hijau ecstasy dan dua pil eramin 5, kata Amar Singh.

"Sebuah kereta Honda Civic turut dirampas dan polis juga menahan bapa suspek berusia 55 tahun bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Khamis.

Amar Singh berkata polis menahan lima lagi suspek termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Taman Amansiara, Rawang, pada jam 7.30 pagi Selasa lalu.

"Salah seorang daripada suspek lelaki itu disyaki menjadi 'penghantar senjata' dan polis merampas sepucuk pistol bersama 52 peluru," katanya.

Menurut Amar Singh, lima orang lagi, termasuk dua wanita ditahan di sebuah rumah di Taman Sahabat, Gombak, dekat sini, kerana memiliki sepucuk pistol seorang anggota polis yang dilaporkan hilang pada 14 Mei lalu.

Mereka ditahan awal pagi tadi dan polis menemui senjata api model Styer Compact bersama satu kelopak berisi 10 peluru, katanya.

Pistol itu tercicir di dalam tandas ketika anggota polis itu bertugas melakukan intipan kegiatan dadah di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di Dang Wangi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan