Beg Jurufoto Cetuskan Panik

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah beg yang ditinggalkan di luar ballroom sebuah hotel malam ini mencetuskan panik dan pihak pengurusan khuatir ia berisi bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata sebuah unit pemusnah bom dari IPD Dang Wang dikejarkan ke hotel berkenaan setelah menerima panggilan, namun unit itu mengesan beg tersebut hanya berisi sebuah kamera.

Beliau berkata beg itu kemudian dituntut oleh seorang jurufoto sambilan yang membuat liputan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan