Diserang Secara Seksual, Video Bogel Dirakam

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 9:48 AM

Polis sedang menjejaki Nikkie Tan dan Brenda Tan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak sampai sebulan bekerja, seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa didera secara seksual selepas majikannya menuduh dia mencuri wang berjumlah RM18,000.

Lee mendakwa dia juga dipaksa berbogel bersama rakan sekerjanya.

Dakwanya lagi, majikannya itu yang menguruskan sebuah laman web perjudian turut merakamkan video bogel mereka.

Lee berkata dia memohon kerja di tempat berkenaan bersama rakan, Tan, 24.

Pada mulanya mereka memohon pekerjaan sebagai pegawai pemasaran web berdasarkan iklan melalui sebuah akhbar pada April.

Lee dan Tan menghadiri temuduga pada 21 April dan diberitahu oleh majikan bahawa dia menguruskan sebuah laman web perjudian.

"Kami mula bekerja dan diberi gaji bulanan sebanyak RM2,400 seorang," katanya pada sidang media diiringi Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Majikan itu juga menyediakan tempat penginapan untuk Lee dan Tan di sebuah pangsapuri di Kepong, di mana mereka juga terpaksa bekerja untuk mengendalikan laman web.

Lee berkata pada 7 Mei dia menelefon majikannya untuk meminta supaya mendepositkan wang tunai ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan pembayaran kepada pemenang.

Kira-kira pukul 3 pagi pada 8 Mei, majikannya datang ke rumah mereka dengan isteri dan beberapa lelaki lain sebelum menuduh dia, Tan dan seorang lagi rakan sekerja mencuri wang sebanyak RM18,000.

"Kami menafikannya dan menjelaskan bahawa semua urus niaga dilakukan secara dalam talian.

"Tetapi dia tidak mahu mendengarnya dan marah," katanya.

Lee mendakwa majikan dan orang-orangnya kemudian mula memukul mereka dengan bekas aerosol racun serangga.

Dia berkata mereka kemudian dipaksa berbogel sebelum video bogel mereka dirakamkan.

Lee mendakwa penderitaannya tidak berakhir di situ.

Lee kemudian ditutup mata dan dibawa oleh beberapa lelaki ke bilik lain di mana dia telah diikat sebelum dia merasakan "sesuatu ditolak ke dalam bahagian sulit saya".

Dia berkata mereka hanya dibebaskan pada malam selepas mereka dipaksa mengaku mengambil wang itu dan akan memulangkan wang tersebut dalam masa setahun.

Majikan juga mengambil telefon bimbit mereka dan memaksa mereka untuk memindahkan RM1,000 yang dalam akaun bank mereka.

Lee berkata majikannya itu mengancam untuk membunuh mereka jika melaporkannya kepada polis mengugut melakukan perkara yang sama terhadap keluarga mereka.

Dia bagaimanapun tetap membuat laporan polis bersama Tan di Balai Polis Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata polis sedang menyiasat perkara itu.

ACP Munusamy berkata, polis sedang mencari seorang lelaki dan seorang wanita, Nikkie Tan dan Brenda Tan, bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan