'Datuk Z' Menipu Guna Nama Kerabat Diraja Johor

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang lelaki menggunakan nama kerabat diraja Johor untuk menipu sekurang-kurangnya 50 mangsa dalam urus niaga palsu di seluruh negeri.

Setakat ini suspek telah menipu mangsa melebihi RM1 juta dalam tempoh beberapa tahun, demikian menurut Penyelia Pusat Aduan Awam Johor, Syed Othman Syed Abdullah.

"Suspek biasanya memperkenalkan dirinya sebagai 'Datuk Z' dan mendakwa bahawa dia adalah rakan perniagaan Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara," katanya pada sidang akhbar di sini.

Kebanyakan mangsa berkata tiada apa yang dilakukan selain laporan polis dibuat kerana mereka mendakwa bahawa suspek adalah "sangat berpengaruh".

Syed Othman berharap polis akan menyiasat perkara ini dengan serius.

Beliau menggesa mangsa lain untuk tampil ke hadapan dan menghubungi beliau di talian 013-751-1818.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan