Mangsa Sindiket 'Romance Scam' Jangan Malu Lapor Polis

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 2:55 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar menerima replika cek dari Pengerusi DRB-Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Faisal Albar di Bukit Aman pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa penipuan sindiket 'Romance Scam' diminta jangan berasa malu dan tampil membuat laporan bagi membantu polis menjalankan siasatan sehingga berjaya menahan semua anggota sindiket terbabit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata: "Jangan malu buat laporan, ini agar polis menyiasat dan menahan suspek yang terlibat."

Khalid berkata demikian susulan kenyataannya di laman Twitternya hari ini yang mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang berjaya menahan tiga suspek termasuk dua warga Nigeria di Cheras dan Kajang dan menyelesaikan lapan kes 'Romance Scam' melibatkan kerugian lebih RM2.1 juta.

Beliau berkata polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang ditipu kira-kira RM2 juta oleh anggota sindiket yang ditangkap itu.

Sindiket itu bukan sahaja menyasarkan wanita tempatan tetapi terdapat juga lelaki yang menjadi mangsa, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek RM80,000 dripada DRB-HICOM Berhad untuk penajaan alat pendingin hawa di Surau Al-A'limin, Maktab PDRM Cheras, di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi DRB-HICOM Briged Jeneral Tan Sri Mohd Kamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan