Rumah Panjang 18 Pintu Di Bintulu Musnah Dijilat Api

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Perayaan Gawai yang bakal disambut pada 1 dan 2 Jun ini tidak bermakna buat 110 penduduk Rumah Panjang Champing, Batu 20 Jalan Bintulu-Miri apabila rumah mereka hangus dijilat api awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata bomba menerima panggilan pada pukul 1.34 pagi dan tiba di tempat kejadian yang terletak 32km dari Balai Bomba Bintulu pada pukul 2.10 pagi. 

"Sejurus sampai ke tempat kejadian, api sudah marak dan rumah panjang kayu 18 pintu itu musnah sama sekali akibat kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.18 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Kebakaran melibatkan rumah panjang di Bintulu adalah yang kedua dalam minggu ini selepas yang pertama berlaku pada 11 Mei lalu melibatkan lebih 200 penduduk rumah panjang Asmidy Agau, Long Urun, Belaga, Bintulu.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan