Pegawai, Anggota Polis Antara Tiga Individu Ditahan SPRM P.Pinang

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Tiga individu termasuk seorang pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Jumaat lepas.

Sumber berkata dua lelaki itu yang masing-masing berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan secara berasingan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang suapan bernilai kira-kira RM2,000.

Seorang lagi individu yang ditahan adalah wanita, kata sumber itu pada Ahad.

Sarjan dan wanita itu ditahan kira-kira 2.15 pagi Jumaat di perkarangan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pusat hiburan di Perda di sini, manakala pegawai polis berkenaan ditahan pada 4.05 petang di Jalan Langgar, Alor Setar pada hari sama.

"Semua mereka yang berusia 30-an hingga 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan selepas SPRM menerima aduan pengadu yang mendakwa dia diminta wang oleh suspek bagi menyelesaikan kes curi motosikal," katanya.

Anggota polis dan wanita itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Jumaat selepas keterangan mereka direkodkan manakala pegawai polis berkenaan dibebaskan pada Sabtu dengan jaminan SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk A.Samarajoo ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , pegawai polis , wang suapan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan