Lelaki Cedera Dibelasah Adik-Beradik - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Cedera Dibelasah Adik-Beradik

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 7:45 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang lelaki patah pergelangan tangan kanan dan satu jari kaki akibat dibelasah tiga adik-beradiknya gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja di sini tengah hari Sabtu, tiga adik-beradik mangsa berusia 17 hingga 37 tahun telah memukul mangsa menggunakan besi dan kayu.

Beliau berkata sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek datang berjumpa mangsa berumur 33 tahun itu bagi membincangkan pembahagian harta pusaka membabitkan tanah peninggalan orang tua mereka hingga berlaku pertengkaran.

Kesemua adik-beradik mangsa ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan