JPJ, PDRM & SPAD Kerjasama Banteras Aktiviti Tonto Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 4:42 PM

Anggota Unit Pasukan Khas Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membanteras keganasan tonto terhadap anggota penguatkuasa JPJ semasa menjalankan tugas di Presint 3, Putrajaya bulan lalu. Aksi tersebut ditontonkan kepada orang ramai semasa Sambutan Hari JPJ ke-70 itu adalah lakonan semula daripada kejadian sebenar yang terjadi kepada anggota penguatkuasa JPJ semasa menjalankan tugas di lapangan.

(Ubah saiz teks)

LARUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha membanteras aktiviti tonto secara besar-besaran di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ariffin Che Mat berkata langkah itu diambil bagi mengesan ketua sindiket atau dalang di sebalik aktiviti berkenaan.

Pihaknya juga telah menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan Khas (PTK) untuk menjalankan siasatan bagi menangani kegiatan sindiket itu, katanya.

"Aktiviti tonto bukan perkara baharu dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan ketua sindiket berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Kegiatan tonto juga jelas mengganggu tugas penjawat awam dalam menjalankan tugas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Larut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai dekat Batu Kurau di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, 237 warga emas di Parlimen berkenaan menerima lesen memandu kelas B2.

Ariffin berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya telah berjaya menahan empat tonto di sekitar Perak dan masih menjalankan siasatan untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pihaknya juga telah mewujudkan sebuah Skuad Muda 1JPJ dalam usaha membantu menangani kegiatan mat rempit di negara ini.

"Skuad berkenaan yang disertai individu berumur 16 tahun ke atas akan membantu kempen JPJ dalam menyedarkan masyarakat termasuk ahli keluarga mereka mengenai keselamatan ketika berada di jalan raya.

"Mereka ini akan membantu JPJ mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya termasuk pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, Ariffin berkata pihaknya telah berjaya membantu 93,461 penduduk luar bandar dan Orang Asli di negara ini untuk memiliki lesen B2 menerusi Program Satu Komuniti Satu JPJ yang telah dilaksanakan sejak 2009 hingga tahun lepas. 

"Program ini bertujuan membantu golongan berumur 45 tahun ke atas yang tidak tahu menulis dan membaca mendapatkan lesen.

Kita tidak mahu mereka yang sudah lama menunggang motosikal tanpa lesen kerana mereka terdedah risiko kemalangan jika tidak memiliki lesen motosikal ketika di jalan raya," katanya.

Sementara itu, seorang warga emas, Ahmad Md Daud, 71, berkata beliau berterima kasih kepada JPJ kerana telah membantu warga emas sepertinya untuk memiliki lesen motosikal.

"Saya sudah berpuluh tahun menunggang motosikal tanpa lesen kerana tidak boleh menulis dan membaca menyebabkan usaha untuk mendapatkan lesen terbantut.

Apabila sudah ada lesen B2 ini akan membolehkan saya menunggang motosikal dengan berhati-hati bagi melakukan kerja kampung di sini," katanya yang berasal dari Kampung Sungai Ara dekat sini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ , SPAD , PDRM , tonto

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan