Tukang Masak Dicekup Ketika Ambil 7Kg Ganja Kurier

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang tukang masak di sini ditahan ketika mengambil dua kotak dipercayai mengandungi 7 kilogram ganja di sebuah pejabat penghantaran kurier di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah Supt Mohamed Fadzil A. Rahman berkata lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditahan pukul 5 petang Selasa lepas ketika menerima kotak berkenaan yang mengandungi tujuh bungkusan besar dan satu bungkusan kecil mengandungi ganja seberat kira-kira 7kg.

Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM63,000 dan dipercayai dihantar dari Kuala Lumpur untuk pasaran tempatan.

"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif. Dia juga tidak mempunyai rekod jenayah.

"Suspek direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Susulan penahanan lelaki itu, Mohamed Fadzil berkata JSJN bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman turut menyita tiga kenderaan bernilai RM128,500 iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax, Perodua Viva dan motosikal Kawasaki KLX150 di rumah suspek di Penampang dekat sini.

"Hasil kejayaan ini membuktikan polis khususnya JSJN Sabah dan Sting Bukit Aman sentiasa komited dalam usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah.

"Polis turut berterima kasih kepada masyarakat yang selama ini menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ganja , Kurier

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan