Rumah Panjang Di Bintulu Terbakar, Lebih 200 Tinggal Sehelai Sepinggang

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 6:29 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sebuah rumah panjang masyarakat kaum Kenyah di Long Urun, Belaga Bintulu musnah dalam kebakaran tengah hari Rabu, menyebabkan lebih 200 penghuni rumah panjang itu tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Kaum bagi rumah panjang 27 pintu itu, Asmidy Agau Lerang, 65, berkata setakat ini semua penghuni selamat cuma kehilangan harta benda yang belum dapat dipastikan jumlah kerugiannya.

"Kejadian berlaku pada 12.15 tengah hari tadi tetapi semasa kejadian berlaku ramai keluar bekerja di kebun dan ladang sawit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Asmidy berkata buat masa ini kesemua mangsa kebakaran memerlukan tempat tinggal sementara dan turut menunggu bantuan lain.

"Saya berharap bantuan dapat disalurkan secepat mungkin," katanya sambil menambah rumah panjang tersebut mula didiami sejak tahun 2002.

Rumah panjang tersebut terletak di Belaga lebih 400km dari bandaraya Miri yang mengambil masa perjalanan lapan jam dari bandaraya Miri dan lima jam dari bandar Bintulu.

Ketika Bernama menghubungi Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Unjar Lum berkata pihaknya sedang dalam perjalanan ke rumah panjang tersebut.

"Jalan yang dilalui tidak semua bertar dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk tiba ke tempat kejadian dalam tempoh lima jam bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan," katanya.

Untuk rekod laporan awal yang diterima daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, panggilan kecemasan diterima pada 12.52 tengah hari ini.


Anggota Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong turut bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa kebakaran.

Tags / Kata Kunci: rumah panjang terbakar , Long Urun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan