Polis Kesan Waris Lelaki 'Bertatu Lipan' Mati Lemas Di Lombong, Jinjang

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan mati terapung di dalam lombong bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang, di sini pada 19 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata berdasarkan pemeriksaan terhadap mayat berkenaan, pihak polis tidak menemukan sebarang pengenalan diri daripada mangsa yang dipercayai anggaran berumur 30 hingga 40 tahun itu.

"Mangsa memakai baju T berlogo Calsberg, berseluar panjang hijau, mempunyai tatoo lipan di bahagian luar peha kanan, identiti bangsa pada mayat tidak diketahui kerana tidak terdapat suntikan BCG.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur menyatakan kematian mangsa sebagai 'Consisten with Immersion' (mati lemas)," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Munusamy berkata usaha untuk mengesan cap jari mangsa tidak berjaya kerana keadaan mayat sudah reput.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mengenali mangsa diminta segera menghubungi Sarjan Low Leong Choo atau pergi ke balai polis berhampiran atau Balai Polis Jinjang, di sini bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: mati lemas , tatu lipan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan