Pemandu Lori Maut Langgar Treler Balak

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 10:05 PM

ACP Harrith Kam Abdullah

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang pemandu lori maut apabila lori yang dipandu melanggar belakang sebuah treler membawa balak di Kilometer 212.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini awal pagi Rabu.

Mangsa B. Umashanker, 31, dari Melaka maut di tempat kejadian akibat tersepit pada bahagian kepala lori yang dipandunya, sementara pemandu lori balak, Mohd Radzi Awang, 49, terselamat.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian pada lebih kurang 6.30 pagi itu Umashanker dipercayai gagal memotong treler yang berada di hadapannya.

"Oleh kerana jarak terlalu dekat menyebabkan lori yang dipandu mangsa terlanggar bahagian belakang treler tersebut.

"Selain itu, beberapa muatan kayu balak telah menusuk masuk cermin depan lori yang dipandu Umashanker," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan