Papan Iklan Di Lebuhraya Runtuh, Tiada Kecederaan - Berita Jenayah | mStar

Papan Iklan Di Lebuhraya Runtuh, Tiada Kecederaan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebahagian daripada papan iklan di tepi persimpangan Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer di sini runtuh petang Rabu, nyaris terkena pengguna yang menggunakan laluan itu.

Bagaimanapun, tidak ada yang cedera dalam kejadian itu di mana sebahagian daripada papan iklan telah terhempas ke jalan raya kira-kira pukul 4.45 petang.

Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan yang teruk di Jalan 222 dan Jalan Templer menuju ke persimpangan berkenaan.


Menurut salah seorang eksekutif syarikat papan iklan itu, papan iklan itu tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan apabila audit papan tanda dan struktur dilakukan antara pukul 4.00 dan 4.30 petang.

Kontraktor Jabatan Kerja Raya telah dipanggil ke tempat kejadian dan serpihan papan iklan yang rosak segera dibersihkan.

M. Kumaran, seorang pekerja penghantar di sebuah pejabat di Jalan 222 berkata sebahagian lagi papan iklan rosak yang terjuntai di persimpangan itu perlu dialihkan, kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan