Lelaki Kurang Siuman Lemas Terjun Dari Jambatan Sultan Yusuf

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Seorang lelaki kurang siuman ditemukan lemas hari ini setelah bertindak terjun ke dalam sungai dari Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5 Jalan Teluk Intan-Sitiawan pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Zulkafli Abdullah berkata mayat Lim Chee Keong, 51, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1.48 petang tadi pada jarak 6.5 kilometer dari tempat kejadian.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat sebelum dibawa ke tebing dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Seramai 25 anggota dan pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis berada di lokasi kejadian bagi operasi mencari mayat mangsa yang bersambung pada pukul 9 pagi tadi. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan