Dua Pegawai Imigresen Antara Ditahan Terbabit Sindiket Pemalsuan Pasport

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 10:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pemalsuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan menahan 19 individu termasuk dua pegawai Jabatan Imigresen pada Jumaat lepas.

"Yang ditahan ialah dua pegawai Imigresen, lima migran, tujuh ejen, tiga fasilitator dan dua individu yang bertindak sebagai 'runner'," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan di sini, Isnin.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga tempatan, 10 warga Sri Lanka dan tiga warga India, disyaki terbabit dalam penyeludupan warga Sri Lanka.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati sindiket itu cuba menyeludup warga Sri Lanka ke Geneva, Switzerland dengan bayaran RM60,000 seorang.

Modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli PMA tulen pada harga RM1,000 hingga RM2,500 bagi setiap pasport.

"Mereka (kumpulan sindiket) akan mencari wajah pemilik pasport warga tempatan yang seiras atau hampir sama dengan wajah migran Sri Lanka sebelum ia dipalsukan.

"Seterusnya, sindiket akan menyediakan laluan mudah dengan bantuan pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

Khalid berkata, bayaran dari RM150 hingga RM350 akan dikenakan bagi setiap migran melepasi kaunter itu.

Menurutnya, warga Sri Lanka yang diseludup keluar itu akan menggunakan pasport negara asal dan pas pelepasan tulen yang menunjukkan mereka akan pulang ke negara asal.

"Namun, setibanya di kawasan satelit, sindiket akan menyerahkan PMA palsu dan pas pelepasan bagi penerbangan ke Belanda dan seterusnya ke Switzerland," katanya.

Kesemua tangkapan itu dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan