Pasangan Warga Emas Terima Surat Ugutan, Peluru

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 7:51 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri warga emas terkejut selepas menerima sepucuk surat berbentuk ancaman dan ugutan yang turut mengandungi dua butir peluru di rumahnya di Jalan Patani, di sini Sabtu.

Sumber berkata, pasangan berusia 60-an itu menyedari terdapat sampul surat di hadapan pintu rumah mereka sebelum si suami mengambilnya dan membuka untuk melihat kandungan surat berkenaan.

"Lelaki itu membuka surat itu dan terkejut selepas mendapati terdapat dua butir peluru dan sehelai surat berbaur ugutan yang ditulis dalam bahasa Cina," katanya di sini, Sabtu.

Antara isi kandungan surat itu ialah pengirim mengugut akan mencederakan pasangan berkenaan dan keluarganya jika mereka membuat laporan polis berhubung surat berkenaan, katanya.

Beliau berkata, pengirim surat itu turut memberitahu akan menghubungi pasangan berkenaan untuk mengarahkan apa yang perlu mereka buat.

Sumber itu berkata, pasangan itu kemudiannya menghubungi anak lelaki mereka bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum membuat laporan polis.

Katanya, mereka yang tidak tahu siapa menghantar surat dan peluru itu mendakwa tidak pernah bermusuh dengan sesiapa serta tidak berhutang dengan ah long.

"Laporan polis itu dibuat kerana pasangan berkenaan bimbang keselamatan atau sesuatu terjadi kepada mereka dan keluarganya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. 

Polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah mangsa bagi mengesan mereka yang meletak sampul surat berkenaan, katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan