Suapan Terakhir Cucu Buat Nenek Sebelum Maut - Berita Jenayah | mStar

Suapan Terakhir Cucu Buat Nenek Sebelum Maut

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: "Dia suap saya, saya suap dia. Kami saling suap-menyuap. Dan tak disangka itu suapan terakhir kami," kata Mahani Ismail, 62, mengenai kelakuan cucu kesayangannya yang mati lemas di dalam lubuk ketika mereka berkelah bersama pada Jumaat.

Muhammad Syafiq Abdullah, 20, dari Felda Kerteh 6 di sini mati lemas di Lubuk Kain, Sungai Bangang, Kampung Shukor, Hulu Dungun ketika berkelah bersama kira-kira 20 anggota keluarga dan rakan-rakannya 3.30 petang Jumaat.

"Dia memang sungguh-sungguh ajak saya berkelah sebab sebelum ini dia dah datang, tapi tak sempat mandi. Jadi kali ni kami datang berkelah beramai-ramai termasuk ibu saudara dan sepupunya.

"Pada awalnya dia hanya mandi di bawah sungai, tapi kemudian dia naik ke kawasan lubuk. Saya dah rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba anak-anak saya ajak saya balik. Ketika itu saya tidak tahu apa-apa, bila sampai rumah baru mereka  bagitau cucu saya lemas," katanya.

Mahani menjaga Muhamamad Syafiq sejak kecil setelah kematian bapanya.

Rakan mangsa Abu Zar Shamsuddin, 18, yang turut terjun ke dalam lubuk juga  hampir lemas tetapi sempat mencapai kain tuala yang dihulurkan rakan-rakannya yang lain.

"Syafiq memang dah bagi tahu kawasan lubuk ini bahaya. Tapi bila dia terjun, saya pun terjun sama. Kemudiannya saya tengok Syafiq jadi lemah sebab pusaran air dan arus lubuk agak deras.

"Melihat keadaan itu, kawan-kawan hulur tuala dan saya sempat berpaut, tapi  Syafiq tak dapat dan dia terus ditelan air yang berpusing," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mangsa ditemui tenggelam di dasar sungai kira-kira 10 meter.

Beliau juga berkata terdapat pusaran air di bawah lubuk berkenaan.

"Ini merupakan korban kedua di lubuk itu tahun ini setelah kejadian pertama awal bulan lepas," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan