Anggota URB Cedera Dirempuh Mat Rempit

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 2:08 PM

Gambar hiasan anggota URB.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Kemaman cedera akibat dirempuh Mat Rempit di Kilometer 1, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Pejabat Veterinar di sini Jumaat.

Bagaimanapun pelumba haram berkenaan telah dikenal pasti dan sedang diburu.

Kejadian berlaku kira-kira 4.55 pagi ketika Lans Koperal Mohd Daud Abd Shukor, 27, sedang membuat rondaan bersama dua lagi rakannya apabila dirempuh dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata anggota tersebut dihantar Ke Hospital Kemaman dan keadaannya dilapor stabil.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan