Bot Karam: Operasi Cari Tuai Rumah Panjang Disambung

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

KAPIT: Operasi disambung awal pagi ini (Sabtu) bagi mencari tuai rumah panjang Kupa Manggom, 43, yang masih hilang selepas bot panjang dinaikinya karam di Sungai Baleh dekat Karangan Ara di sini, semalam.

Adik mangsa, Kanchin Manggom ketika dihubungi berkata sepasukan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit telah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) abangnya itu.

Beliau berkata operasi itu yang bermula selepas insiden pada 2.22 petang itu, terpaksa ditangguhkan lewat petang semalam, berikutan cuaca gelap.

Kupa bersama tiga yang lain termasuk seorang wanita, dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka di Nanga Stapang di Nanga Gaat, di Sungai Baleh apabila bot dinaiki mereka karam kerana ombak kuat di sungai berkenaan.

Tiga yang lain berjaya berpaut pada bot yang tenggelam itu, sebelum diselamatkan penduduk rumah panjang Karangan Ara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan