Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jenazah rakyat Malaysia, Mohd Azhar Abdul Wahab yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, pada 27 April lepas tiba di tanah air pada Jumaat (hari ini).

Jenazah Mohd Azhar, 33, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 2 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines MH0751 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh.

Pegawai di Pejabat Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Mohd Hazril Ezni Zulkapli yang turut bersama dalam penerbangan itu dengan adik mangsa, Noorazman, berkata jenazah akan terus dibawa pulang ke Kampung Air Merah, Kulim, Kedah dan dijangka dikebumikan malam ini.

"Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dengan bantuan Konsulat Malaysia di Vietnam, pihak berkuasa negara itu, Kementerian Luar dan anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir," katanya ketika ditemui pemberita di luar Kompleks Kargo KLIA, di sini hari ini.

Ditanya sama ada keluarga Allahyarham Mohd Azhar sudah mengetahui motif pembunuhan mangsa, beliau berkata pihak berkuasa Vietnam masih menyiasat perkara itu.

Noorazman, 31, bagaimanapun enggan bercakap kepada media kerana terlalu sedih dengan kematian abangnya.

Sebelum ini, keluarga Allahyarham menghadapi kesulitan membawa pulang jenazah mangsa berikutan kos tinggi yang dianggarkan berjumlah RM40,000.

Menurut laporan media, mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.

Allahyarham ke Vietnam pada 15 April lepas bersama seorang rakan sekampungnya dan sepatutnya pulang pada 28 April.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, serta merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar daerah itu serta pernah membuat persembahan di beberapa negara termasuk Singapura. 

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan