Tebusan Rakyat Malaysia Dilapor Terima Layanan Baik - KPN - Berita Jenayah | mStar

Tebusan Rakyat Malaysia Dilapor Terima Layanan Baik - KPN

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 3:16 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat rakyat Sarawak yang diculik dilaporkan menerima layanan baik daripada kumpulan penculik Abu Sayyaf.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, daripada laporan risikan, pihak berkuasa telah menentukan bahawa keempat-empat mereka adalah selamat, sihat, dan telah dilayan dengan baik.

"Usaha sedang diambil untuk membebaskan empat rakyat Malaysia ini," kata Khalid, sambil menambah beliau tidak mahu mendedahkan terlalu banyak mengenai tindakan polis untuk memastikan keempat-empat mereka dibebaskan dengan selamat.


Beliau berkata, pihak berkuasa percaya militan sentiasa bergerak untuk mengelak daripada dikesan.

Khalid menambah, salah satu sebab beliau datang ke Sabah adalah untuk bercakap dengan pegawai-pegawai yang ditugaskan mengenai usaha menyelamat dan untuk membincangkan kemas kini lain berkaitan kes ini.


Empat rakyat Malaysia - Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, pada 1 April.

Mereka adalah antara sembilan anak kapal sebuah kapal tunda yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina.
Tags / Kata Kunci: kes culik , rakyat Sarawak , Abu Sayyaf
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan