Jangan Keluarkan Perkataan "Bom" Di KLIA, KLIA2 - Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kerana ia merupakan kesalahan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan.

"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di klia2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di klia2. 

"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, Rabu. 

Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.

Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau klia2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati. 

"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di klia2 dua hari lalu. 

Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati. 

Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan klia2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang. 

"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.

"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KLIA , bom , Abdul Aziz Ali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan