Pegawai Kementerian Pendidikan Hilang Ditemui Di Miri

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 3:30 PM

Asisten Komisioner Othman Nanyan. Foto Facebook Polis Daerah Kajang

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pegawai Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid yang hilang sejak 1 Mei lalu, ditemui di Miri, Sarawak.

Anak perempuannya, Zaheera menerusi 'posting' di Facebook berkata, bapanya ditemui di Miri dan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, polis menjejaki kedudukan Zaidi.

"Keluarganya datang membuat laporan mengenai kehilangannya di balai polis Bandar Baru Bangi pada kira-kira 3.36 petang Isnin," katanya.

Berita kehilangan Zaidi tersebar di media sosial selepas anak perempuannya mengeluarkan kenyataan di Facebook bagi meminta orang ramai tampil sekiranya mempunyai maklumat mengenai bapanya.

Menurut kenyataan itu, Zaidi meninggalkan kediamannya pada Seksyen 4, Bangi pada kira-kira pukul 6 petang Sabtu lalu.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan