120 GRO Ditahan Dalam Op Noda

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 2:19 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 120 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Op Noda di enam premis hiburan di sekitar ibu negara di sini, awal pagi Ahad.

Dalam operasi selama enam jam bermula 10.30 malam oleh Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman itu, seramai 22 lelaki dan seorang wanita dipercayai penjaga premis turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarahnya SAC Khairi Ahrasa berkata kesemua yang ditahan itu berusia 24 hingga 51 tahun.

"Wanita warga asing yang ditahan adalah dari Vietnam, China, Thailand, Filipina dan Indonesia kerana melakukan kesalahan antaranya menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata modus operandi premis-premis hiburan itu adalah menawarkan perkhidmatan GRO dan mereka boleh dibawa keluar untuk melakukan hubungan seks atas permintaan pelanggan.

"Pelanggan dikenakan bayaran antara RM130 hingga RM220 untuk menggunakan khidmat mereka," katanya.

Khairi berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,468 dan pelbagai peralatan hiburan dalam operasi itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(B) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Op Noda , STAGG , PDRM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan