Dua Polis Cedera Ditetak Tokan Dadah

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis cedera parah akibat ditetak pengedar atau tokan dadah ketika menjalankan operasi di sebuah rumah kosong di Kampung Tangki Air, Cheras, malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Koperal Muztaza Nizan Minhaj dan Konstabel Danny Sia Siaw Kian dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, cedera di kepala selepas diserang suspek.

Dalam kejadian 6 petang itu, pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih dadah melepaskan gian selain dipercayai menjadi tempat pengedaran dadah, katanya dalam kenyataan kepada media.

"Polis mengarahkan dua suspek di dalam rumah berkenaan supaya keluar namun kedua-duanya secara tiba-tiba meluru keluar melalui pintu hadapan rumah itu yang berkunci dan bertindak melibaskan parang yang terkena kepala kedua-dua anggota polis itu.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke belukar berhampiran," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anggota polis itu dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Katanya, Sia menerima 14 jahitan akibat kecederaan itu manakala Muztaza masih dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan.
Tags / Kata Kunci: tetak , polis cedera , tokan dadah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan