Video Pukul Pati: Pegawai Imigresen Ditukar Serta-Merta

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata penukaran pegawai itu, adalah sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.

Beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video pegawai wanita itu yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

"Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan  and  Tatatertib) Pindaan 2002," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan wanita itu bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sakib Kusmi , Pati , Imigresen

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan