Pemandu Teksi Ditetak Di Bawah Jejantas

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pemandu teksi parah ditetak tiga lelaki di bawah jejantas di Lebuhraya Bandar Cassia, Batu Kawan pada Khamis malam.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, N. Arumugam, 58, cedera di lengan kiri akibat tetakan yang mengenai tulang lengannya sehingga menyebabkan ototnya terkoyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafie Mamat berkata, ketika kejadian pemandu teksi berkenaan membawa seorang penumpang untuk dihantar ke kawasan kilang di Batu Kawan.

"Penumpang berkenaan meminta dia memberhentikan teksinya di bawah jejantas kerana penumpang itu dikatakan hendak menghisap rokok.

"Ketika itulah mereka dihampiri dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki bersenjatakan parang yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita.

Shafie hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Jumaat.

Beliau berkata, penumpang berkenaan sempat melarikan diri manakala pemandu itu terpaksa bergelut dengan tiga lelaki tersebut.

Pemandu teksi itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Pada majlis itu, Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menerima tugas selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang yang baharu berkuat kuasa pada Jumaat.

Razarudin, 53, menggantikan Datuk Mohd Zakaria Ahmad yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor berkuat kuasa Selasa ini.

Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan