Pekerja Tersepit Jari Pada Mesin Wang

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 8:31 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai serbaneka di Kepong tersepit empat jari kanan ketika mahu mengambil duit syiling dalam mesin wang di premis itu tengah hari Khamis.

Wanita berkenaan yang berumur 20-an dikatakan terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila jarinya tersekat dalam ruang pada mesin itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihak bomba yang dipanggil mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pemutar skru dan spanar.

Beliau berkata turut terdapat kesan calar pada keempat-empat jari mangsa.

Tags / Kata Kunci: mesin wang , tersepit jari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan