Murid Tahun Satu Dipatuk Ular Di Tandas Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pendidikan mengesahkan seorang lagi murid menjadi mangsa patukan ular ketika berada di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai, dekat Pasir Gudang, Rabu.

Bagaimanapun, Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan segera.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan yang memaklumkan perkara berkenaan berkata pada kira-kira 3 petang itu berlaku ketika mangsa yang mengikuti persekolahan sesi petang, sedang berada seorang diri di tandas tingkat tiga sekolah berkenaan.

Katanya, sebaik menyedari diri dipatuk di tapak tangan kiri, murid berkenaan terus memaklumkan kejadian kepada gurunya, yang kemudian bertindak menghantar mangsa ke sebuah klinik 1Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.

"Keadaannya sudah stabil kerana ular tersebut tidak berbisa dan pihak sekolah juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari ular berkenaan di kawasan tersebut.

"Kita mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana bertindak pantas dalam kejadian ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau di sini Khamis.

Kes patukan ular bukan lagi asing sejak kebelakangan ini.

Ia berlaku di beberapa negeri hingga turut mengakibatkan kematian ke atas seorang murid tahun satu - Nuriey Nadhirah Roslan, 7, di Kota Bharu, Kelantan pada 19 April.

Kamalanathan berkata pihaknya telah meminta pihak sekolah agar mengurangkan aktiviti luar kelas bagi mengelakkan kes sama daripada berulang.

Mengenai lawatannya, beliau memberitahu kemajuan projek bagi pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Tebrau di sini adalah pada 70 peratus dan dijangka beroperasi pada September ini.

Katanya, ia yang dibina dengan kos RM6.8 juta akan menempatkan seramai 302 murid selain enam bilik darjah dan beberapa bilik khas lain seperti pusat sumber.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan