Lori Batu Hentam Tujuh Kereta

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tujuh kereta dengan empat daripadanya rosak teruk selepas sebuah lori yang hilang kawalan, melanggar semua kenderaan berkenaan di lampu isyarat di Simpang Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini, Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Machang Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kejadian berlaku 10 pagi Rabu dipercayai akibat kegagalan sistem brek lori terbabit yang dalam perjalanan dari Machang ke Kota Baru.

"Lori membawa muatan batu untuk menurap jalan itu dikatakan gagal menghentikan kenderaan lalu melanggar semua kenderaan di depannya yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Nik Ahmad Afsham berkata kemalangan itu membabitkan dua Myvi, dua Proton Wira serta masing-masing sebuah Proton Waja, Proton Iswara dan teksi jenis Mercedes.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua tujuh mangsa yang cedera ringan dikeluarkan dari kenderaan masing-masing oleh orang awam.

Katanya, bomba membersihkan sisa minyak petrol di atas jalan raya selain memastikan tiada punca yang boleh menyebabkan kebakaran.

Tags / Kata Kunci: lori , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan