Lelaki Warga Nigeria Ditahan, Dadah RM3.2 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 6:45 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah warga asing di sebuah rumah di Bukit Mahkota Cheras dekat sini, Rabu.

Dalam operasi kira-kira 2.30 petang itu, anggota dari Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya merampas 20.8 kilogram dadah jenis syabu, dianggarkan bernilai RM3.2 Juta.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek yang ditahan merupakan pelajar sebuah kolej swasta berusia 27 tahun.

"Hasil pemeriksaan awal, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan air kencing.

"Modus operandi suspek adalah dengan meletakkan dadah itu di dalam alat penghawa dingin mudah alih bagi mengelak kegiatan mereka (sindiket) dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Khamis.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah kenderaan Cherry Easter bernilai RM25,000.

Mohd Dzuraidi berkata siasatan lanjut mendapati suspek membawa masuk bekalan dadah itu dari China dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier dan pengangkutan kargo laut.

"Suspek baru bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negara ini kira-kira sembilan bulan lepas dan kita masih mengesan saki-baki ahli sindiket ini.

"Bekalan dadah ini dipercayai mampu menampung bekalan selama sebulan untuk 35,000 penagih," katanya.

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan itu.

"Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap seorang warga Nigeria di Bukit Mahkota Cheras dan rampas 20kg Syabu yang disorok dalam kotak penghawa dingin.#GoPDRMGo," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Dzuraidi berkata tahun ini, 68,636 individu ditahan berhubung pelbagai kesalahan dadah dan merampas dadah bernilai RM96.37 juta dalam tempoh Januari sehingga 26 April lepas.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan