Lapan Cedera Kemalangan Di Mambau - Berita Jenayah | mStar

Lapan Cedera Kemalangan Di Mambau

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tujuh pekerja dalam sebuah bas kilang dan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda, cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kayu Ara, Mambau, dekat sini pagi Khamis.

Selain bas kilang dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, sebuah kereta jenis Perodua Viva dan motosikal turut terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi, arah ke Seremban.

"Bas kilang itu dinaiki 10 penumpang ketika itu dan tujuh daripada mereka cedera manakala seorang lagi yang cedera adalah pemandu Toyota Hilux itu.

"Pemandu itu tersepit di tempat duduk dan bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Yahya Jaffar ketika dihubungi.

Yahya berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Mambau
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan